Kamis, 08 Desember 2011

Panduan Menulis Novel

Sebenarnya agak sukar untuk menghasilkan novel bermutu tinggi dan laris di pasaran. Lengkap dari segenap hal macam The Da Vinci Code oleh Dan Brown. Apatah lagi, kalau novel Melayu kebanyakannya cerita cinta meleret, buat orang lelaki mual untuk baca. 


Kalau yang tak meleret pun depa orang lelaki ni tak baca juga, konon lelaki baca novel 'cinta' tak maskulin. Cait. Pokoknya malas membaca. Betul tak awak? Hehe. Bukan nak kutuk kaum sendiri. Tetapi. Kalau gred tinggi di Universiti itu rata-ratanya golongan pembaca novel ya!


Saya bukan pakar dalam penulisan. Tetapi, melalui beberapa kaji selidik dan 'memandai-mandai' sendiri, saya rasa saya boleh saja beritahu bagaimana untuk menulis sebuah novel yang sedap dibaca, tidak membosankan, dan menarik.


Sebenarnya, tips-tips yang ditulis oleh seorang pembaca boleh jadi lebih baik daripada seorang penulis. Tetapi mungkin pembaca itu segan atau tidak cekatan menulis buat dia kehabisan nahu untuk menjelaskan maksud nuraninya yang secara jahatnya berbunyi, "beb, novel hang tak sedap la beb. sorry la ek. Hang patut tulih camni..."

Jadi saya cuba untuk memandai di sini untuk menjelaskan bagaimanakah sebenarnya cara atau panduan atau langkah terbaik untuk menghasilkan sebuah novel yang, secara puratanya, sedap dibaca.

Layankan aje...

1) Tips asas perlu didahulukan. Maka tips pertama untuk menulis novel dengan baik adalah gunakan kesepuluh-sepuluh jari semasa menaip (apa punya tips haha). Ya, betul. Perlu diingat selalu bahawa otak kite tidak selemah pentium duo core 2 2.5 gig/s itu, kerana otak adalah sebiji mukjizat yang cukup besar. Bayangkan isi-isi idea yang keluar sepantas 20000 gig/s ditaip oleh dua jari telunjuk? Letih ok Kapal Titanic guna enjin bot diesel pom pom pom. Jadi, gerakkan kesemua jari-jemari ketika menaip. Tak boleh? Praktis ok. Lepas praktis, cuba try test kepantasan menaip kamu di sini dan cuba kalahkan saya.

59 perkataan
Speed test

2) Stick to the point! atau dalam bahasa Melayu - Tumpu pada tajukJangan duk melalut ke lain. Kadang idea terlampau banyak sampaikan semasa menaip slow tu, muka jadi kemerahan menahan idea yang membuak-buak mahu keluar seperti tahan berak time jamban tak ada (pengalaman beb ;p). Berapa banyak idea pun yang ada, pilih idea-idea yang relevan dengan topik sahaja. Kalau nak cerita pasal Jack dan Betti bercinta dalam lokap, jangan pula terbabas sampai cerita pasal pokok pisang Jack, kucing Betti mati, aliran trafik di Pudu Raya yang takde kaitan langsung dengan cinta Jack dan Betti dalam lokap.

"Jack kesunyian dalam lokap, dia lalu teringatkan pokok pisangnya yang pasti turut kesepian. Pokok pisang itu pemberian bapa tiri jirannya oh..." Please forget it. Stick to the point!

4) Kesinambungan dari plot ke plot seterusnya. Tiada masalah kalau penulis stick to the point, plot sungguh tidak akan lari. Tetapi menjadi masalah apabila penulis memerlukan perenggan flash-back atau informasi di dalam naratifnya. Jadi, sempadan antara dua plot mesti jelas. Jangan pula ralit-ralit kita baca pasal kejadian bunuh, lapor polis, jumpa pisau berlumuran darah kemudian rupa-rupanya hero sedang berkhayal dalam jamban semata, ingatkan betul-betul. 

3) Pandai olah emosi pembaca. Jangan tulis terlalu serius, jangan terlalu santai, jangan asyik gelak HA HA HA, jangan terlalu lucah, pendek kata jangan keterlaluanlah. Sedap-sedap saja elemen-elemen tersebut. Novel yang baik adalah novel yang seimbang dengan unsur lawaknya, saspensnya, sedihnya, dan bahagianya. Novel yang terlalu serius bukan sebuah novel tetapi layak untuk diklasifikasikan sebagai buku non-fiction, buku ilmiah atau buku akaun bank ;p.


Cuba untuk renggut jantung pembaca dengan melakar kisah ceria dan manis sebelum tiba-tiba melanggar perenggan ceria itu dengan tragedi sedih.

5) Untuk menerbitkan wap-wap emosi ke dalam diri pembaca, pemilihan kata perlu sesuai dengan genre emosi itu. Agar suasana sedih benar-benar sedih, suasana kelakar benar-benar kelakar, dan suasana berat benar-benar berat. Kalau nak buat plot lawak, gunakan perkataan santai atau bombastik. Time serius, gunakan term-term serious, informatif, skema dan ikut standard.

6) Imaginasi. Di muka buku itu perkataan. Di dalam kepala pembaca perkataan itu membentuk imaginasi. Aneh bukan apabila saya hampir melupai kebanyakan tajuk novel yang saya baca di zaman sekolah tetapi saya masih boleh ingat 'gambar-gambar' yang 'ditulis' cantik di dalam novel tersebut. Ada apa pada imaginasi? Check it out:
  • Serlahkan keperibadian watak. Fizikal, tutur kata, mimik wajah, perangai, dan sebagainya perlu diserlahkah secara penuh unik, yang mana semua ini membezakan antara watak-watak yang ada. Berikan bentuk imaginasi watak ini secara ringkas kepada pembaca mengambil sifat unik yang paling terserlah. Kurus kering, hitam legam, kerinting, pakai rantai besi sebesar jari, mata kedip-kedip, hidung kemek dsb.
  • Imaginasi hero @ heroin. Oh, cukup penting. Hero mesti gediks ada X-factor. Usah cuba samakan hero dengan pelakon popular pula. "Amira menyukai Lokman (hero). Selain wajah Lokman persis Dato K (contoh), Amira juga mendapati dada Lokman bidang dan berbulu". Sampai ke huruf 'K' itu, si pembaca terus menutup buku itu sebab mahu muntah apabila membayangkan wajah Dato K yang telah merampas kekasih hati pembaca iaitu Dato Siti Nurhaliza. Bina personaliti hero/heroin yang unik tersendiri. Berani. Berdarah hidung bila nervous. Clumsy. Pemalu dan whatever supaya hero nampak 'kiut' di mata pembaca.
  • Gunakan analogi mudah untuk menerangkan keadaan peristiwa yang lebih kompleks. "Betti yang berbaju kurung memanjat tiang elektrik itu seperti beruk memanjat kelapa." "Di celah runtuhan bangunan yang baru dibom itu Jack menyelusup. Dia merangkak perlahan-lahan menghendap musuh di depan seperti singa menghendap rusa di Afrika."
  • Gunakan analogi untuk ukuran. Elakkan ukuran spesifik kecuali yang common seperti 1 kilometer, sekaki, sehasta atau sehektar. Jack memungut paip di kakinya yang berdiameter 10cm. 10 cm sukar untuk dibentuk dlm kepala. Cari benda biasa yang berukuran 10cm. Jack memungut paip di kakinya yang berdiameter sebesar katon bulu tangkis/lengan/tin susu pekat manis hah macam2lah. Tahi hidung sebesar lalat. Makhluk asing sebesar gajah. Lubang hidungnya sebesar bola ping pong. Seluas lima biji padang bola. Sebanyak tujuh kolam olimpik. Setinggi flet 5 tingkat. 
6.5)  Dialog. Dialog adalah sebuah cerita, cerita adalah dialog. Selalunya sesuatu babak yang baru akan dimulakan dengan imaginasi seperti perkara 6 di atas. Kita reserve beberapa perenggan awal untuk set up persekitaran atau suasana, selepas itu barulah drama disusuli dengan dialog-dialog yang berkesan. Dialog amat penting. Ia mesti melambangkan keperibadian watak dan segar. Janganlah semua watak sama saja cara cakap, gaya bahasanya iaitu gaya sang penulis novel itu sendiri. Penulis mesti cuba untuk 'jadi' pelbagai orang. Bahasa dialog mestilah lancar dan tidak kaku. Kalau watak jahat, kita mesti membenarkan dia menggunakan gaya jahat, jangan sebab kita sopan lalu sopanlah kesemua dialog watak kita. Jangan takut sebab watak itu bukan kita.


7) Monolog. Gunakan naratif monolog untuk perkara nombor 8 di bawah. Baca topik khas monolog DI SINI.


8) Jelaskan perasaan dalaman watak utama hero/heroin. Persoalan dalam fikiran. Perasaan tertentu seperti kesedihan, putus harapan, kekecewaan, atau kegementaran saat-saat saspens. Juga kelemahan hero/heroin seperti gugup, gelabah, penakut, fobia, dsb. Pada setiap babak, dilema dalam fikiran watak amat penting untuk memandu arah pemikiran pembaca. 
9) Persoalan dan jawapan. Dua perkara ini akan membuatkan novel yang dibaca sukar untuk diletak. Disinilah terletaknya keterujaan untuk membaca novel. Jangan semata harap novel dibaca sebab pembaca itu suka membaca, kesian dia berpeluh nak habiskan 2 muka surat. Maka di awal-awal bab, susun persoalan-persoalan yang mencanakkan sifat ingin tahu pembaca. Sebab itu prolog novel itu sangat menerujakan, sepatutnya. Sesungguhnya sifat ingin tahu orang melayu amat raksasa. Orang kata jangan buat, benda itu yang dia nak buat. Orang kata jangan tengok, dia akan korek sampai dapat. Yang 'bulat' takde apa-apa, tapi kalau tutup sikit-sikit tu dia jenguk sampai nak putus urat leher. (ooppsss). Jadi, gunakan kelemahan-kelemahan ini. Cucuk angin orang kata. 

10) Nilai. "Buku apa ni tulis benda sampah!" Very hurting to hear this. Jadi, tulislah novel yang bernilai dari segi agama, moral, sosial, ekonomi dan sebagainya. Maka tulislah sesuatu dengan pengetahuan spesifik atau rujukan yang cukup. Gunakan sepenuhnya kemudahan internet seperti google, howstuffworks, wikipedia, dan laman-laman web spesifik.


11) Pelbagaikan cerita, luaskan idea. Tengok sini untuk tips-tips cari idea melalui brainstorming dan editing. 

12) Peram dan sunting. Manuskrip perlu disunting berkali-kali, semakin disunting, semakin ia menjurus ke arah kesempurnaan. Sebelum disunting, peramkan dahulu ia paling kurang seminggu. Agar kepala kembali neutral, segar, basah dan kembali gebu untuk menyunting manuskrip itu dengan sudut yang baharu dan 'hijau'.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar